Malaysia legislation

Section 22

of PERATURAN-PERATURAN PERBADANAN PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA MALAYSIA (PELANTIKAN, KENAIKAN PANGKAT DAN PENAMATAN PERKHIDMATAN) 2018

Seksyen 22

Penentuan gaji permulaan

(1)

Perbadanan hendaklah menentukan gaji permulaan seseorang pegawai sebagaimana yang dinyatakan dalam perkhidmatan Perbadanan.

(2)

Jika seseorang pegawai yang akan dilantik untuk kali pertama memiliki pengalaman kerja yang berkaitan dengan jawatan yang akan disandangnya, dia boleh diberikan gaji permulaan yang lebih tinggi.

(3)

Jika Perbadanan mempertimbangkan gaji permulaan yang lebih tinggi di bawah subperaturan (2), penentuan gaji yang lebih tinggi itu hendaklah berdasarkan peratusan tertentu pada gaji semasa, terhad kepada gaji maksimum di gred jawatan tersebut.

(4)

Bagi maksud subperaturan (3), Perbadanan mempunyai budi bicara untuk menentukan peratusan bagi menentukan gaji permulaan yang lebih tinggi.

(5)

Pengalaman kerja yang dianggap berkaitan bagi seseorang pegawai dalam

Kumpulan Eksekutif dan Bukan Eksekutif ialah pengalaman kerja yang diperoleh selepas pegawai itu mendapat kelayakan profesional atau akademik sebagaimana yang ditentukan dalam perkhidmatan Perbadanan.

(6)

Bagi maksud subperaturan (5)—

(a)

“Kumpulan Eksekutif” ertinya kategori pegawai yang dilantik pada

Gred 4 hingga Gred 8 perkhidmatan Perbadanan; dan

P.U. (A) 85 16

(b)

“Kumpulan Bukan Eksekutif” ertinya kategori pegawai yang dilantik pada Gred 9 hingga Gred 15 perkhidmatan Perbadanan.

(7)

Gaji permulaan pegawai yang dilantik untuk kali pertama secara lantikan terus adalah berdasarkan mata gaji minimum jawatan itu, atau gaji yang lebih tinggi dan hendaklah berdasarkan peratusan kenaikan gaji tertentu, terhad kepada gaji maksimum jawatan itu, tertakluk kepada kelulusan Perbadanan.

Gaji permulaan bagi kes khas

Section 22 — PERATURAN-PERATURAN PERBADANAN PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA MALAYSIA (PELANTIKAN, KENAIKAN PANGKAT DAN PENAMATAN PERKHIDMATAN) 2018