Malaysia legislation
Section 26
Seksyen 26
(1)
Pegawai yang dalam percubaan yang telah memenuhi semua syarat yang dinyatakan dalam perkhidmatan Perbadanan atau apa-apa syarat lain yang ditentukan oleh Perbadanan dari semasa ke semasa adalah layak disahkan dalam perkhidmatan
Perbadanan oleh Perbadanan.
(2)
Bagi maksud subperaturan (1), Pengarah Bahagian Perbadanan hendaklah mengemukakan kepada Perbadanan suatu borang sebagaimana yang ditentukan oleh
Perbadanan, sama ada memperakukan atau tidak memperakukan pengesahan seseorang pegawai itu dalam perkhidmatan Perbadanan.
(3)
Jika seseorang pegawai diperakukan untuk disahkan dalam perkhidmatan
Perbadanan, Pengarah Bahagian Perbadanan hendaklah mengemukakan perakuan kepada Perbadanan dalam suatu borang sebagaimana yang ditentukan oleh Perbadanan dalam tempoh satu bulan dari tarikh pegawai itu layak diperakukan untuk pengesahan, dengan syarat perakuan itu dikemukakan dalam tempoh percubaan.
(4)
Jika seseorang pegawai tidak diperakukan untuk disahkan dalam perkhidmatan Perbadanan, Pengarah Bahagian Perbadanan hendaklah mengemukakan perakuan kepada Perbadanan dalam borang sebagaimana yang ditentukan oleh
Perbadanan untuk tidak mengesahkan pegawai itu dalam perkhidmatan Perbadanan.
P.U. (A) 85 18
Tarikh pengesahan