Malaysia legislation
Section 27
Seksyen 27
(1)
Tarikh pengesahan dalam perkhidmatan seseorang pegawai adalah pada hari pertama selepas tarikh pegawai itu mematuhi semua syarat yang ditetapkan bagi pengesahan.
(2)
Seseorang pegawai hendaklah disifatkan berada dalam percubaan sehinggalah pegawai itu disahkan dalam perkhidmatan oleh Perbadanan, walaupun pegawai itu telah mematuhi semua syarat yang ditetapkan bagi pengesahan.