Malaysia legislation
Section 33
Seksyen 33
(1)
Gaji permulaan yang diterima oleh seseorang pegawai yang dinaikkan pangkat hendaklah lebih tinggi daripada gaji akhir yang diterima dalam gred terdahulu.
(2)
Bagi maksud subperaturan (1)—
(a)
jika gaji akhir gred terdahulu adalah kurang daripada gaji minimum dalam gred kenaikan pangkat, pegawai itu hendaklah dibayar gaji minimum dalam gred kenaikan pangkat itu; dan
(b)
jika gaji akhir dalam gred terdahulu sama atau lebih tinggi daripada gaji minimum dalam gred kenaikan pangkat, pegawai itu hendaklah dibayar gaji pada suatu peratusan gaji yang lebih tinggi sebagaimana yang ditentukan oleh Jawatankuasa Kenaikan Pangkat.
Tarikh pergerakan gaji jawatan kenaikan pangkat