Malaysia legislation
Section 37
Seksyen 37
Perbadanan boleh menamatkan perkhidmatan seseorang pegawai yang belum disahkan dalam perkhidmatannya jika pegawai itu telah—
(a)
menyembunyikan apa-apa maklumat tentang kesihatannya dalam borang pemeriksaan perubatan;
(b)
menyembunyikan apa-apa maklumat tentang penglibatannya dalam apa-apa aktiviti yang melanggar undang-undang;
(c)
membuat akuan palsu dalam akuan berkanun sebagaimana yang dikehendaki oleh perenggan 17(1)(b) atau akuan lain sebagaimana yang dikehendaki oleh subperaturan 17(2);
(d)
gagal mematuhi kehendak dalam subperaturan 17(3); atau
(e)
meminda atau memalsukan apa-apa dokumen yang berhubungan dengan pelantikannya.
P.U. (A) 85 22
Penamatan perkhidmatan pegawai yang gagal tapisan keselamatan