Malaysia legislation
Section 3
Seksyen 3
Pemakaian tatacara pelantikan
(1)
Tatacara yang dinyatakan dalam Peraturan–Peraturan ini bagi membuat pelantikan ke dalam perkhidmatan Perbadanan di bawah bidang kuasa Perbadanan hendaklah terpakai bagi semua pelantikan tetap, kontrak atau sementara kecuali pertukaran tetap atau apa-apa pelantikan lain yang diputuskan oleh Perbadanan.
(2)
Bagi maksud peraturan ini, “pertukaran tetap” ertinya pelantikan tetap pegawai yang sedang berkhidmat secara peminjaman ke jawatan yang disandang olehnya di mana-mana perkhidmatan awam, pihak berkuasa berkanun atau mana-mana organisasi di dalam atau di luar Malaysia yang dia dipinjamkan.
P.U. (A) 85 7
Tafsiran