Malaysia legislation

Section 43

of PERATURAN-PERATURAN PERBADANAN PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA MALAYSIA (PELANTIKAN, KENAIKAN PANGKAT DAN PENAMATAN PERKHIDMATAN) 2018

Seksyen 43

(1)

Tertakluk kepada peraturan 45, seseorang pegawai yang berhasrat untuk meletakkan jawatan hendaklah mengemukakan notis bertulis—

(a)

bagi pegawai yang belum disahkan dalam perkhidmatan, tiga puluh hari sebelum peletakan jawatan itu berkuat kuasa atau sebulan gaji sebagai ganti notis;

(b)

bagi pegawai yang dilantik secara tetap dan telah disahkan dalam perkhidmatan, tiga bulan sebelum peletakan jawatan itu berkuat kuasa atau sebulan gaji sebagai ganti notis; dan

P.U. (A) 85 24

(c)

bagi pegawai yang dilantik selain secara tetap, mengikut syarat pelantikan pegawai itu atau jika tempoh itu tidak diperuntukkan dalam syarat pelantikannya, tiga puluh hari sebelum peletakan jawatan itu berkuat kuasa atau sebulan gaji sebagai ganti notis.

(2)

Jika pegawai mengemukakan notis meletakkan jawatan dua puluh empat jam, pegawai tersebut dikehendaki membayar sebulan gaji sebagai ganti notis.

(3)

Notis peletakan jawatan itu hendaklah dihantar oleh pegawai itu kepada

Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah mengeluarkan akuan terima kepada pegawai itu.

(4)

Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah kemudiannya merekodkan peletakan jawatan pegawai itu ke dalam rekod perkhidmatan pegawai itu.

Kuat kuasa notis peletakan jawatan

Section 43 — PERATURAN-PERATURAN PERBADANAN PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA MALAYSIA (PELANTIKAN, KENAIKAN PANGKAT DAN PENAMATAN PERKHIDMATAN) 2018