Malaysia legislation
Section 48
Seksyen 48
(1)
Jika perkhidmatan Perbadanan menetapkan keperluan umur, maka umur yang dimaksudkan itu ialah umur mengikut kalender Gregorian.
(2)
Bagi maksud subperaturan (1), umur seseorang itu ditentukan mengikut peruntukan yang berikut:
(a)
jika tarikh lahir sebenar diketahui, umur hendaklah mengikut tarikh itu;
(b)
jika hanya bulan yang diketahui, hari terakhir dalam bulan itu hendaklah disifatkan sebagai tarikh lahir;
P.U. (A) 85 26
(c)
jika hanya tahun yang diketahui, 31 Disember tahun itu hendaklah disifatkan sebagai tarikh lahir;
(d)
jika tarikh lahir ialah 29 Februari, maka ulang tahun tarikh lahir orang itu bagi tahun yang tidak mempunyai tarikh 29 Februari hendaklah dianggap pada 1 Mac.
Umur persaraan