Malaysia legislation
Section 52
Seksyen 52
(1)
Tiada apa-apa jua pun dalam Peraturan-Peraturan ini boleh menyentuh kesahihan dan kuat kuasa apa-apa keputusan yang dibuat berkenaan dengan apa-apa perkara di bawah Perintah Am dan peraturan-peraturan perkhidmatan awam berkaitan, yang terdahulu dan semasa, dan keputusan itu hendaklah terus mempunyai kuat kuasa dan kesan sepenuhnya walau apa pun apa-apa jua yang tidak konsisten atau bertentangan dengan apa-apa peruntukan dalam Peraturan-Peraturan ini.
(2)
Semua perkara dan prosiding yang masih belum selesai di hadapan
Perbadanan sebelum berkuat kuasanya Peraturan–Peraturan ini, hendaklah terus diuruskan mengikut peraturan-peraturan perkhidmatan awam berkaitan yang berkuat kuasa pada masa itu seolah-olah Perbadanan menerima pakai peraturan-peraturan itu.
(3)
Apa-apa garis panduan yang telah dikeluarkan sebelum berkuat kuasanya
Peraturan-Peraturan ini hendaklah terus terpakai selagi ia tidak bercanggah dengan mana-mana peruntukan dalam Peraturan-Peraturan ini.
Dibuat 20 Mac 2018
[MITI(S).600-1/2/3; PN(PU2)743]
DATO’ SRI MUSTAPA BIN MOHAMED
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
P.U. (A) 85 28
SMALL AND MEDIUM ENTERPRISES CORPORATION MALAYSIA ACT 1995
SMALL AND MEDIUM ENTERPRISES CORPORATION MALAYSIA (APPOINTMENT,
PROMOTION AND TERMINATION OF SERVICE) REGULATIONS 2018
_______________________________