Malaysia legislation

Section 11

of PERATURAN-PERATURAN PERDAGANGAN STRATEGIK (PINDAAN) 2011

Seksyen 11

(1)

Bagi maksud subseksyen 14(1) Akta, dalam hal pembawaan dalam transit, seseorang boleh memohon bagi suatu permit transit iaitu—

(a)

permit sekali guna;

(b)

permit pukal; atau

(c)

permit kegunaan pelbagai kali.

(2)

Seseorang boleh memohon permit pukal atau permit kegunaan pelbagai kali hanya berkenaan dengan barang strategik.

(3)

Suatu permohonan bagi permit yang disebut dalam subperaturan

(1)

hendaklah dibuat dalam Borang 1 oleh orang yang ingin menjalankan perbuatan yang berkenaan atau orang yang diberi kuasa yang bertindak bagi pihaknya dan disertakan dengan fi yang ditetapkan.

(4)

Suatu permohonan bagi permit sekali guna hendaklah dibuat tidak kurang daripada 5 hari bekerja sebelum pengangkutan yang dengannya barang

P.U. (A) 393 4

strategik atau barang tidak tersenarai yang berkenaannya permohonan itu dibuat yang hendak dibawa dalam transit itu tiba di Malaysia.

(5)

Suatu permohonan bagi permit pukal atau kegunaan pelbagai kali hendaklah dibuat tidak kurang daripada 30 hari sebelum barang strategik yang berkenaannya permohonan itu dibuat dibawa masuk dalam transit untuk kali pertama.

(6)

Walau apa pun subperaturan (4) dan (5), Pihak Berkuasa yang berkenaan boleh, dalam mana-mana hal tertentu, membenarkan suatu permohonan bagi permit dibuat dalam suatu tempoh yang kurang dari tempoh yang dinyatakan dalam subperaturan tersebut jika adalah tidak praktik untuk permohonan itu dibuat dalam tempoh yang dinyatakan dalam subperaturan tersebut.

(7)

Suatu permohonan bagi permit di bawah peraturan ini hendaklah disertakan dengan—

(a)

spesifikasi teknikal bagi barangan strategik atau barang tidak tersenarai itu;

(b)

suatu pernyataan kegunaan akhir dalam Borang 5;

(c)

pernyataan yang mengikutnya pemohon mengaku janji bertanggungjawab untuk memberikan Pihak Berkuasa yang berkenaan suatu

Pernyataan

Pengesahan

Penghantaran dalam Borang 6 atau dalam mana-mana borang yang boleh diterima oleh Pihak Berkuasa yang berkenaan—

(i)

dalam hal permit sekali guna, tidak lewat daripada tempoh 2 bulan dari tarikh pembawaan dalam

P.U. (A) 393 5

transit, melainkan dibenarkan oleh Pihak Berkuasa yang berkenaan; dan

(ii)

dalam hal permit pukal atau permit kegunaan pelbagai kali, apabila diminta oleh Pihak Berkuasa yang berkenaan; dan

(d)

apa-apa dokumen atau maklumat lain yang dikehendaki oleh Pihak Berkuasa yang berkenaan.

(8)

Bagi maksud peraturan ini, Pihak Berkuasa yang berkenaan boleh berunding dengan mana-mana Kementerian atau agensi lain yang berkenaan, sebagaimana yang wajar.

(9)

Bagi maksud seksyen 16 Akta, permit hendaklah dikeluarkan secara bertulis dalam borang yang mengandungi sekurang-kurangnya segala elemen dan dalam turutan yang ditetapkan dalam Borang 2.

(10)

Bagi maksud subseksyen 16(3) Akta—

(a)

permit transit sekali guna hendaklah dikeluarkan bagi tempoh tidak melebihi 6 bulan;

(b)

permit transit pukal atau permit transit kegunaan pelbagai kali hendaklah dikeluarkan bagi suatu tempoh tidak melebihi 2 tahun.”.

Pindaan peraturan 12

Section 11 — PERATURAN-PERATURAN PERDAGANGAN STRATEGIK (PINDAAN) 2011