Malaysia legislation

Section 3

of PERATURAN-PERATURAN PERHUBUNGAN PERUSAHAAN (FI MAHKAMAH PERUSAHAAN) 2016

Seksyen 3

Fi

(1)

Fi yang kena dibayar kepada Mahkamah Perusahaan berkenaan dengan butiran yang dinyatakan dalam ruang (1) Jadual hendaklah sebagaimana yang ditetapkan dalam ruang (2) Jadual.

(2)

Walau apa pun subperaturan (1), fi bagi salinan terperaku apa-apa nota prosiding atau salinan terperaku apa-apa transkrip bagi rekod digital hendaklah dibayar kepada dan dipegang simpan oleh setiausaha kepada Yang Dipertua atau setiausaha kepada Pengerusi bagi faedah dirinya sendiri jika—

(a)

salinan terperaku nota prosiding atau salinan terperaku bagi transkrip rekod digital itu disediakan oleh setiausaha itu, dan diluluskan dan diperakukan oleh Yang Dipertua atau Pengerusi, mengikut mana-mana yang berkenaan; dan

(b)

setiausaha itu tidak menuntut elaun lebih masa daripada Kerajaan bagi penyediaan salinan terperaku itu.

Pembatalan

Section 3 — PERATURAN-PERATURAN PERHUBUNGAN PERUSAHAAN (FI MAHKAMAH PERUSAHAAN) 2016