Malaysia legislation
Section 3
of PERATURAN-PERATURAN PERIHAL DAGANGAN (HARGA JUALAN MURAH) (PINDAAN) 2015
Seksyen 3
Peraturan 5 Peraturan-Peraturan ibu dipinda—
(a)
dengan menggantikan subperaturan (4) dengan subperaturan yang berikut:
“(4)
Tiada seorang pun boleh mengadakan apa-apa jualan dengan harga jualan murah selain pada tarikh dan dalam jangka masa yang ditentukan dalam subperaturan (2) dan dua kali jualan yang dibenarkan di bawah perenggan (1)(b)”; dan
(b)
dengan memasukkan selepas subperaturan (4) subperaturan yang berikut:
“(5)
Mana-mana orang yang melanggar subperaturan (3A)
atau (4) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan—
(a)
jika orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit, dan bagi kesalahan yang kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit; atau
(b)
jika orang itu bukan suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi
4
tiga tahun, dan bagi kesalahan yang kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun.”.
Pindaan peraturan 6