Malaysia legislation

Section 10

of PERATURAN-PERATURAN PERIHAL DAGANGAN (HARGA JUALAN MURAH) (PINDAAN) 2019

Seksyen 10

Peraturan 13 Peraturan-Peraturan ibu dipinda—

(a)

dalam subperaturan (1)—

(i)

dengan memasukkan selepas perkataan

“hendaklah”

perkataan “menyatakan dalam iklan itu jangka masa jualan itu.”; dan

(ii)

dengan memotong perenggan (a) dan (b);

(b)

dengan memotong subperaturan (1A);

(c)

dengan memotong subperaturan (1B);

(d)

dengan memotong subperaturan (1C);

(e)

dengan menggantikan subperaturan (2) dengan subperaturan berikut:

“(2) Tiada seorang pun boleh membuat apa-apa pernyataan palsu atau mengelirukan dalam mana-mana iklan harga jualan murah berhubungan dengan apa-apa barang-barang.”;

P.U. (A) 327 6

(f)

dengan memasukkan selepas subperaturan

(2)

subperaturan yang berikut:

“(2A) Jika mana-mana orang dipertuduh atas suatu kesalahan di bawah subperaturan (2), beban untuk membuktikan bahawa pernyataan yang dibuat olehnya adalah benar atau tidak mengelirukan hendaklah terletak ke atas orang yang dipertuduhkan itu.”; dan

(g)

dalam subperaturan (3), dengan memotong perkataan “,(1A), (1B)”.

Pindaan peraturan 14

Section 10 — PERATURAN-PERATURAN PERIHAL DAGANGAN (HARGA JUALAN MURAH) (PINDAAN) 2019