Malaysia legislation
Section 5
of PERATURAN-PERATURAN PERIKANAN (PEMATUHAN KAWALAN PENYAKIT IKAN BAGI EKSPORT DAN IMPORT) 2012
Seksyen 5
(1)
Ketua Pengarah boleh, pada bila-bila masa selepas menerima permohonan di bawah peraturan 4, menghendaki supaya pemohon memberikan Ketua Pengarah apa-apa maklumat atau dokumen tambahan mengenai permohonan itu dalam tempoh yang ditetapkan oleh Ketua Pengarah.
(2)
Jika apa-apa maklumat atau dokumen tambahan yang dikehendaki di bawah subperaturan (1) tidak diberikan oleh pemohon dalam tempoh yang ditetapkan atau apa-apa masa lanjutan yang diberikan oleh Ketua Pengarah, permohonan itu hendaklah disifatkan telah ditarik balik dan tidak akan diteruskan, tanpa menjejaskan permohonan baru yang dibuat oleh pemohon.
Pemberian atau keengganan memberikan sijil kesihatan ikan