Malaysia legislation
Section 3
Seksyen 3
Pendepositan skrip dengan pihak ketiga
(1)
Jika depositori pusat telah membuat suatu perkiraan dengan Bank
Negara Malaysia atau suatu entiti yang bertindak bagi pihak Bank Negara Malaysia
P.U. (A) 23 3
untuk memegang hakmilik atau pemilikan fizikal bagi skrip fizikal yang menjadi dasar apa-apa sekuriti, atau untuk memegang apa-apa dokumen lain yang mewakili sekuriti bagi pihak depositori pusat, sebagai pemegang bare trust bagi pendeposit, bagi maksud Akta, sekuriti itu disifatkan sebagai didepositkan atau diserah simpan dengan, atau dipegang dalam jagaan oleh, depositori pusat itu, apabila depositori pusat berpuas hati bahawa sekuriti itu telah didepositkan atau diserah simpan dengan pihak yang berkenaan.
(2)
Subseksyen 8(1) dan seksyen 26 Akta hendaklah terpakai bagi sekuriti yang disifatkan telah didepositkan dengan depositori pusat dalam subperaturan (1).
Hak penyimpan sekuriti pembawa