Malaysia legislation
Section 2
of PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN BOMBA (FI PUSAT LATIHAN BOMBA) (PINDAAN) 2026
Seksyen 2
Peraturan-Peraturan Perkhidmatan Bomba (Fi Pusat Latihan Bomba) 1996
[P.U. (A) 244/1996], yang disebut “Peraturan-Peraturan ibu” dalam Peraturan-Peraturan ini, dipinda dalam peraturan 2—
(a)
dengan menggantikan takrif “jabatan Kerajaan” dengan takrif yang berikut:
‘ “badan Kerajaan” termasuklah mana-mana kementerian, jabatan, pejabat, agensi, pihak berkuasa, suruhanjaya, jawatankuasa, lembaga, majlis atau badan lain
Kerajaan Persekutuan atau mana-mana Kerajaan Negeri yang ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis atau selainnya, selain Jabatan Bomba dan Penyelamat;’; dan
(b)
dengan memotong takrif “lain-lain”.
Penggantian peraturan 3