Malaysia legislation
Section 3
of PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN BOMBA (ORANG KOMPETEN DAN KONTRAKTOR KESELAMATAN KEBAKARAN) 2026
Seksyen 3
Mana-mana orang boleh memohon untuk didaftarkan sebagai orang kompeten dalam kategori mekanikal atau elektrikal di bawah Akta, jika—
(a)
orang itu merupakan seorang warganegara Malaysia;
(b)
orang itu telah lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia atau yang setara dengannya; dan
(c)
orang itu—
(i)
memiliki diploma dalam bidang kejuruteraan mekanikal atau elektrikal atau yang setara dengannya, dan mempunyai sekurang-kurangnya tiga tahun pengalaman bekerja di bawah seliaan orang kompeten yang berdaftar di bawah Akta dalam memasang, menguji, menservis, mengecas semula atau membaiki mana-mana kelengkapan menentang kebakaran atau pepasangan keselamatan kebakaran; atau
(ii)
mempunyai sekurang-kurangnya lima tahun pengalaman bekerja di bawah seliaan orang kompeten yang berdaftar di bawah Akta dalam memasang, menguji, menservis, mengecas semula atau membaiki mana-mana kelengkapan menentang kebakaran atau pepasangan keselamatan kebakaran.
Syarat bagi orang kompeten dalam kategori awam atau struktur