Malaysia legislation
Section 8
of PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN BOMBA (ORANG KOMPETEN DAN KONTRAKTOR KESELAMATAN KEBAKARAN) 2026
Seksyen 8
Peralihan
Mana-mana orang yang menjalankan perkhidmatan memasang, menguji, menservis, mengecas semula atau membaiki mana-mana kelengkapan menentang kebakaran atau pepasangan keselamatan kebakaran sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Peraturan-Peraturan ini boleh, dalam masa satu tahun dari tarikh permulaan kuat kuasa Peraturan-Peraturan ini, didaftarkan sebagai orang kompeten, jika orang itu memenuhi syarat yang berikut:
(a)
bagi orang kompeten dalam kategori mekanikal atau elektrikal—
(i)
dia merupakan seorang warganegara Malaysia;
(ii)
dia telah lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia atau yang setara dengannya; dan
(iii)
dia—
memiliki diploma dalam bidang kejuruteraan mekanikal atau elektrikal atau yang setara dengannya dan mempunyai sekurang-kurangnya tiga tahun pengalaman bekerja dalam memasang, menguji, menservis, mengecas semula atau membaiki mana-mana kelengkapan menentang kebakaran atau pepasangan keselamatan kebakaran; atau mempunyai sekurang-kurangnya sepuluh tahun pengalaman bekerja dalam memasang, menguji, menservis, mengecas semula atau membaiki mana-mana kelengkapan
P.U. (A) 39 7
menentang kebakaran atau pepasangan keselamatan kebakaran;
(b)
bagi orang kompeten dalam kategori awam atau struktur—
(i)
dia telah berkhidmat tidak kurang daripada lima tahun sebagai
Pegawai Bomba atau Pegawai Bomba Bantuan; atau
(ii)
dia—
telah lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia atau yang setara dengannya; dan memenuhi syarat yang disebut dalam subperenggan 4(b)(i)
dan (ii) dan mempunyai sekurang-kurangnya satu tahun pengalaman bekerja dalam memasang, menguji, menservis, mengecas semula atau membaiki mana-mana kelengkapan menentang kebakaran atau pepasangan keselamatan kebakaran; dan
(c)
bagi orang kompeten dalam kategori pemasangan tetap atau mudah alih—
(i)
dia telah berkhidmat tidak kurang daripada lima tahun sebagai
Pegawai Bomba atau Pegawai Bomba Bantuan; atau
(ii)
dia memenuhi syarat yang disebut dalam subperenggan 5(b)(i)
dan (ii) dan mempunyai sekurang-kurangnya satu tahun pengalaman bekerja dalam memasang, menguji, menservis, mengecas semula atau membaiki mana-mana kelengkapan menentang kebakaran atau pepasangan keselamatan kebakaran.
P.U. (A) 39 8