Malaysia legislation

Section 13

of PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN BOMBA (PEGAWAI BOMBA BANTUAN) 2014

Seksyen 13

Pakaian seragam, tanda pangkat dan kad pengenalan diri

Pegawai Bomba Bantuan hendaklah dibekalkan dengan pakaian seragam, tanda pangkat dan kad pengenalan diri sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri dalam mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta.

Pakaian seragam, tanda pangkat dan kad pengenalan diri hendaklah dikembalikan apabila terhenti menjadi Pegawai Bomba Bantuan 14.

(1)

Apabila Pegawai Bomba Bantuan terhenti daripada menjadi Pegawai

Bomba Bantuan dia hendaklah, dalam masa dua puluh satu hari, menyerahkan kepada

Pengarah Negeri pakaian seragam, tanda pangkat dan kad pengenalan dirinya yang dibekalkan kepadanya.

(2)

Pegawai Bomba Bantuan yang melanggar subperaturan (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Arahan Tetap Ketua Pengarah

Section 13 — PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN BOMBA (PEGAWAI BOMBA BANTUAN) 2014