Malaysia legislation

Section 3

of PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN BOMBA (PENGKOMPAUNAN KESALAHAN) (PINDAAN) 2026

Seksyen 3

Peraturan-Peraturan ibu dipinda dalam Jadual—

(a)

dengan menggantikan perkataan “Jika anda menerima tawaran ini, bayaran hendaklah dibuat secara tunai atau dengan kiriman wang, wang pos, perintah juruwang, cek jurubank atau draf bank yang kena dibayar kepada Ketua Pengarah, Jabatan Bomba dan Penyelamat dan dipalang dengan perkataan “Akaun Penerima Sahaja”.” dengan perkataan yang berikut:

“Jika anda menerima tawaran ini, bayaran hendaklah dibuat—

(a)

secara wang tunai dan hendaklah diserahkan secara sendiri kepada Ketua Pengarah atau mana-mana Pegawai Bomba yang diberi kuasa olehnya secara bertulis;

(b)

melalui kiriman wang, wang pos, perintah juruwang, cek jurubank atau draf bank yang kena dibayar kepada

Ketua

Pengarah

Jabatan

Bomba dan

Penyelamat

4

dan dipalang dengan perkataan “Akaun Penerima Sahaja”

dan hendaklah diserahkan secara sendiri atau dihantar melalui pos berdaftar kepada Ketua Pengarah Jabatan

Bomba dan Penyelamat di alamat Jabatan Bomba dan

Penyelamat

Malaysia,

Lebuh

Wawasan,

Presint 7,

62250 Putrajaya; atau

(c)

melalui kad kredit, kad debit, kad caj, kad prabayar atau apa-apa bentuk pemindahan wang secara elektronik yang lain ke dalam akaun Jabatan Bomba dan Penyelamat

Malaysia.”; dan

(b)

dengan menggantikan perkataan “Saya kemukakan bersama ini

*wang tunai/kiriman wang/wang pos/perintah juruwang/

cek jurubank/draf bank

No.

..........................”

dengan perkataan

“Saya kemukakan bersama-sama ini pembayaran *wang tunai/kiriman wang/wang pos/perintah juruwang/cek jurubank/draf bank no. ...................

yang kena dibayar kepada Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat dan dipalang dengan perkataan “Akaun Penerima Sahaja”/bukti pembayaran melalui *kad kredit/kad debit/kad caj/kad prabayar/

pemindahan wang secara elektronik yang lain”.

Dibuat 30 Januari 2026

[KPKT(2)12/840/4; PN(PU2)471/JLD.7]

NGA KOR MING

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan

5

FIRE SERVICES ACT 1988

FIRE SERVICES (COMPOUNDING OF OFFENCES)

(AMENDMENT) REGULATIONS 2026

Section 3 — PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN BOMBA (PENGKOMPAUNAN KESALAHAN) (PINDAAN) 2026