Malaysia legislation

Section 15

of PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN KEWANGAN (BROKER INSURANS MARIN, PENERBANGAN DAN TRANSIT YANG DILULUSKAN) 2017

Seksyen 15

(1)

Bank boleh mengeluarkan apa-apa arahan kepada broker insurans MAT yang diluluskan sekiranya Bank berpendapat adalah perlu untuk melindungi kepentingan pemunya polisi atau orang awam secara am, dan khususnya, boleh menghendaki broker insurans MAT yang diluluskan itu, untuk berhenti atau menahan daripada melakukan suatu perbuatan atau menuruti penjalanan pelakuan atau melakukan apa-apa perbuatan, berhubung dengan perniagaan yang dijalankan sebagai broker insurans MAT yang diluluskan, dan apa-apa hal ehwal atau harta yang berkaitan dengan perniagaan itu.

(2)

Bank boleh, atas representasi yang dibuat kepadanya atau atas usulnya sendiri, mengubah suai atau membatalkan apa-apa arahan yang dikeluarkan di bawah subperaturan (1) dan, dalam melakukan hal sedemikian, boleh mengenakan syarat ke atas broker insurans MAT yang diluluskan itu.

(3)

Broker insurans MAT yang diluluskan itu hendaklah mematuhi apa-apa arahan yang dikeluarkan oleh Bank di bawah subperaturan (1) atau (2), atau apa-apa syarat yang dikenakan di bawah subperaturan (2).

Kewajipan untuk mengemukakan dokumen atau maklumat kepada Bank

Section 15 — PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN KEWANGAN (BROKER INSURANS MARIN, PENERBANGAN DAN TRANSIT YANG DILULUSKAN) 2017