Malaysia legislation

Section 17

of PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN KEWANGAN (BROKER INSURANS MARIN, PENERBANGAN DAN TRANSIT YANG DILULUSKAN) 2017

Seksyen 17

(1)

Broker insurans MAT yang diluluskan hendaklah, dalam masa tiga bulan dari berakhirnya setiap tahun kewangan atau dalam apa-apa tempoh selanjutnya yang dibenarkan oleh Bank—

(a)

menyediakan dan menyerahsimpan dengan Bank suatu perakuan bebas mengenai semua wang yang diterima semasa ia menjalankan perniagaan sebagai broker insurans MAT yang diluluskan, termasuk apa-apa premium yang diterima atau dipungut di

Malaysia yang telah dibayar ke dalam akaun pembrokeran premium yang diwujudkan di bawah subperaturan 11(1); dan

(b)

memberikan pengesahan bertulis mengenai kepatuhannya dengan kehendak modal berbayar dan polisi insurans tanggung rugi profesional dalam subperaturan 4(6), bagi tahun kewangan itu dalam apa-apa bentuk atau cara yang ditentukan oleh Bank.

(2)

Perakuan dan pengesahan bertulis yang disebut dalam subperaturan (1)

dan (2) hendaklah dalam bahasa Inggeris atau sekiranya perakuan dan pengesahan itu dalam bahasa yang lain, hendaklah diperakukan sebagai terjemahan sebenar daripada yang asal oleh seorang penterjemah yang terperaku.

18

Pembatalan

Section 17 — PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN KEWANGAN (BROKER INSURANS MARIN, PENERBANGAN DAN TRANSIT YANG DILULUSKAN) 2017