Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Dalam Peraturan-Peraturan ini—
“broker insurans Labuan” mempunyai pengertian yang sama yang diberikan kepadanya dalam seksyen 101 Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti
Labuan 2010 [Akta 704];
“broker insurans MAT yang diluluskan” ertinya broker insurans yang ditetapkan atau broker insurans Labuan yang diluluskan di bawah peraturan 4;
“broker insurans yang ditetapkan” ertinya seseorang yang dilesenkan, diluluskan, didaftarkan atau dikawal selia selainnya di bawah undang-undang mana-mana negara yang ditetapkan untuk menjalankan perniagaan pembrokeran insurans di negara tersebut;
“insurans MAT” mempunyai pengertian yang sama yang diberikan kepadanya dalam Peraturan-Peraturan Perkhidmatan Kewangan (Penanggung Insurans Marin,
Penerbangan dan Transit yang Diluluskan) 2017 [P.U. (A) 111/2017];
4
“Malaysia” tidak termasuk Wilayah Persekutuan Labuan;
“negara yang ditetapkan” ertinya sebuah negara atau wilayah yang dinyatakan dalam Jadual;
“penanggung insurans Labuan” mempunyai pengertian yang sama diberikan kepadanya dalam seksyen 101 Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 2010;
“penanggung insurans yang ditetapkan” mempunyai pengertian yang sama yang diberikan kepadanya dalam
Peraturan-Peraturan
Perkhidmatan
Kewangan
(Penanggung Insurans Marin, Penerbangan dan Transit yang Diluluskan) 2017;
“Peraturan-Peraturan yang dibatalkan”
ertinya
Peraturan-Peraturan
Perkhidmatan Kewangan (Broker Insurans Marin, Penerbangan dan Transit
Antarabangsa yang Diluluskan) 2012 [P.U. (A) 169/2012]; dan
“pihak berkuasa penyeliaan” ertinya pihak berkuasa, badan atau agensi yang bertanggungjawab bagi penyeliaan dan pengawasan broker insurans yang ditetapkan atau broker insurans Labuan.