Malaysia legislation

Section 2

of PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN KEWANGAN ISLAM (SKIM OMBUDSMAN KEWANGAN) 2015

Seksyen 2

Dalam Peraturan-Peraturan ini —

“anggota” ertinya suatu anggota skim ombudsman kewangan yang diluluskan;

“ombudsman” ertinya pegawai pengendali skim yang dilantik oleh lembaga pengarah pengendali skim untuk mengadjudikasi pertikaian yang dirujuk kepada skim ombudsman kewangan yang diluluskan;

“pengendali skim” ertinya suatu syarikat yang didaftarkan di bawah

Akta Syarikat 1965 [Akta 125] yang mengendalikan atau bercadang untuk mengendalikan skim ombudsman kewangan yang diluluskan, mengikut mana-mana yang berkenaan;

“pertikaian” ertinya suatu pertikaian antara pengadu yang layak dengan penyedia perkhidmatan kewangan berkenaan dengan perkhidmatan atau produk kewangan yang boleh dirujuk kepada suatu skim ombudsman kewangan yang diluluskan sebagaimana yang dinyatakan dalam terma rujukan yang diluluskan;

P.U. (A) 210 4

“skim ombudsman kewangan yang diluluskan” ertinya skim ombudsman kewangan yang diluluskan oleh Bank di bawah subseksyen 138(2) Akta;

“terma rujukan yang diluluskan” ertinya terma rujukan yang diluluskan oleh

Bank di bawah peraturan 7.

Section 2 — PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN KEWANGAN ISLAM (SKIM OMBUDSMAN KEWANGAN) 2015