Malaysia legislation

Section 10

of PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN KEWANGAN (PENANGGUNG INSURANS MARIN, PENERBANGAN DAN TRANSIT YANG DILULUSKAN) 2017

Seksyen 10

(a)

nama perniagaan, alamat perniagaan, laman sesawang (jika ada), alamat e-mel dan nombor telefonnya;

P.U. (A) 111 12

(b)

fakta bahawa penanggung insurans MAT yang diluluskan itu tidak dilesenkan di bawah subseksyen 10(4) Akta untuk menjalankan perniagaan insurans, tetapi hanya diluluskan oleh Bank untuk menjalankan perniagaan sebagai penanggung insurans MAT yang diluluskan di bawah Peraturan-Peraturan ini, dengan pengawasan terhad oleh Bank;

(c)

fakta bahawa penanggung insurans MAT yang diluluskan itu menjalankan perniagaan sebagai penanggung insurans MAT yang diluluskan dari luar Malaysia dan tidak mempunyai apa-apa kehadiran perdagangan di Malaysia;

(d)

fakta bahawa pemunya polisi tidak dilindungi oleh

Sistem

Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans di bawah Akta Perbadanan

Insurans Deposit Malaysia 2011 [Akta 720];

(e)

fakta bahawa apa-apa aduan boleh ditujukan kepada penanggung insurans MAT yang diluluskan itu; dan

(f)

apa-apa maklumat lain yang ditentukan oleh Bank.

(2)

Perenggan (1)(c) tidak terpakai bagi suatu penanggung insurans MAT yang diluluskan yang merupakan suatu penanggung insurans Labuan.

Perubahan yang memberi kesan terhadap kawalan

Section 10 — PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN KEWANGAN (PENANGGUNG INSURANS MARIN, PENERBANGAN DAN TRANSIT YANG DILULUSKAN) 2017