Malaysia legislation

Section 14

of PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN KEWANGAN (PENANGGUNG INSURANS MARIN, PENERBANGAN DAN TRANSIT YANG DILULUSKAN) 2017

Seksyen 14

(a)

dalam nama, perihalan atau gelarannya yang di bawahnya orang itu menjalankan perniagaan atau melakukan perniagaannya, menggunakan perkataan “penanggung insurans MAT yang diluluskan”

atau apa-apa terbitan perkataan itu dalam apa-apa bahasa atau apa-apa perkataan lain dalam apa-apa bahasa yang boleh ditafsirkan sebagai menunjukkan penjalanan perniagaan sebagai penanggung insurans

MAT yang diluluskan; atau

(b)

membuat apa-apa representasi yang mempunyai kesan tersebut dalam apa-apa dokumen yang berhubungan dengan perniagaannya atau

P.U. (A) 111 14

dokumen yang digunakan dalam penjalanan perniagaannya atau dalam apa-apa cara lain walau apa jua.

.

(2)

Penanggung insurans MAT yang diluluskan hanya boleh menggunakan perkataan “penanggung insurans MAT yang diluluskan” untuk menunjukkan bahawa ia menjalankan perniagaan sebagai penanggung insurans MAT yang diluluskan.

(3)

Mana-mana orang yang melanggar subperaturan (1) atau (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima juta ringgit.

Kuasa Bank untuk mengeluarkan arahan

Section 14 — PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN KEWANGAN (PENANGGUNG INSURANS MARIN, PENERBANGAN DAN TRANSIT YANG DILULUSKAN) 2017