Malaysia legislation
Section 16
Seksyen 16
(2)
Penanggung insurans MAT yang diluluskan yang dikehendaki untuk mengemukakan apa-apa dokumen atau maklumat di bawah subperaturan (1) tidak boleh mengemukakan apa-apa dokumen atu maklumat—
(a)
yang penanggung insurans MAT yang diluluskan itu mengetahui, atau mempunyai sebab untuk mempercayai, adalah palsu atau mengelirukan dalam butir material; atau
(b)
yang tidak tepat atau tidak lengkap berkenaan dengan kesalahan atau peninggalan material, atau apa-apa kesalahan atau peninggalan berulang.
(3)
Mana-mana penanggung insurans MAT yang diluluskan yang melanggar perenggan (2)(a) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima juta ringgit.
Penyata dan audit