Malaysia legislation
Section 4
Seksyen 4
(3)
Mana-mana orang yang melanggar subperaturan (1) atau (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh juta ringgit.
Kelulusan oleh Bank 4.
(1)
Penanggung insurans yang ditetapkan atau penanggung insurans Labuan boleh memohon secara bertulis kepada Bank untuk menjadi penanggung insurans MAT yang diluluskan, dan hendaklah mengemukakan apa-apa dokumen atau maklumat sebagaimana yang ditentukan oleh Bank, termasuk—
(a)
kebenaran bertulis daripada pihak berkuasa penyeliaannya untuk menjalankan perniagaan sebagai penanggung insurans MAT yang diluluskan; dan
(b)
aku janji bahawa ia akan menganggap liabilitinya kepada pemunya polisi yang berakibat daripada perniagaan itu pada takat yang sama dengan liabiliti yang serupa di negara yang ditetapkan yang ia dilesenkan, diluluskan, didaftarkan atau dikawal selia selainnya, atau di
Labuan, mengikut mana-mana yang berkenaan.
P.U. (A) 111 6
(2)
Dalam menilai suatu permohonan yang dibuat di bawah subperaturan (1), Bank boleh mengambil kira apa-apa faktor yang difikirkan oleh Bank berkaitan dan Bank boleh—
(a)
meluluskan pemohon itu sebagai suatu penanggung insurans MAT yang diluluskan, dengan atau tanpa syarat; atau
(b)
menolak permohonan itu.
(3)
Jika Bank meluluskan permohonan di bawah perenggan (2)(a), penanggung insurans yang diluluskan itu hendaklah memulakan perniagaan sebagai penanggung insurans MAT yang diluluskan dalam tempoh yang dinyatakan dalam kelulusan itu atau apa-apa tempoh yang dilanjutkan oleh Bank, dan hendaklah memberitahu Bank tarikh memulakan perniagaan itu.
(4)
Setelah diluluskan di bawah perenggan (2)(a), penanggung insurans MAT yang diluluskan yang merupakan penanggung insurans yang ditetapkan hendaklah memberi kuasa kepada ejen tempatan di Malaysia untuk menerima penyampaian apa-apa notis dan proses undang-undang berkenaan dengan, dan berkaitan dengan perniagaannya itu, termasuk apa-apa notis atau arahan yang dikeluarkan oleh Bank, dan mengemukakan kepada Bank nama, alamat dan perincian lain ejen yang diberi kuasa itu yang ditentukan oleh Bank.
Syarat kelulusan tambahan