Malaysia legislation
Section 7
Seksyen 7
(1)
Penanggung insurans MAT yang diluluskan boleh berhenti menjalankan perniagaan sebagai penanggung insurans MAT yang diluluskan dengan memberikan notis bertulis terlebih dahulu kepada Bank menyatakan niatnya untuk berhenti menjalankan perniagaan itu dan sebab bagi pemberhentian itu.
(2)
Notis bertulis yang disebut dalam subperaturan (1) hendaklah diberikan oleh penanggung insurans MAT yang diluluskan kepada Bank sekurang-kurangnya sembilan puluh hari sebelum ia berniat untuk menghentikan perniagaan itu.
(3)
Penanggung insurans MAT yang diluluskan itu hendaklah serta-merta berhenti menjalankan perniagaan pada tarikh yang ia berniat untuk menghentikan perniagaan itu sebagaimana yang dinyatakan dalam notis bertulis yang disebut dalam subperaturan (1).
(4)
Bank boleh menyiarkan suatu notis pemberhentian perniagaan berkenaan dengan penanggung insurans
MAT yang diluluskan yang disebut dalam subperaturan (1) dalam apa-apa bentuk sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Bank.
Kesan pembatalan atau pemberhentian