Malaysia legislation
Section 14
of PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN KUARANTIN DAN PEMERIKSAAN MALAYSIA (KUARANTIN DAN PEMERIKSAAN) 2013
Seksyen 14
(1)
Pemunya tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih, mikroorganisma atau makanan, apabila diperlukan oleh pegawai penguat kuasa, hendaklah mengemukakan dokumen eksport seperti yang berikut:
(a)
borang pengisytiharan sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua
Pengarah;
(b)
permit eksport atau lesen eksport;
(c)
apa-apa dokumen lain yang berkaitan sebagaimana yang dikehendaki oleh Ketua Pengarah.
(2)
Tiada tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih, mikroorganisma atau makanan boleh dieksport tanpa mematuhi kehendak di bawah subperaturan (1) dan tanpa memenuhi sepenuhnya keperluan pengeksportan sebagaimana yang dikehendaki oleh negara pengimport.
Pemeriksaan tumbuhan, binatang, karkas dsb. yang hendak dieksport