Malaysia legislation
Section 17
of PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN KUARANTIN DAN PEMERIKSAAN MALAYSIA (KUARANTIN DAN PEMERIKSAAN) 2013
Seksyen 17
(1)
Tiada orang boleh menggunakan mana-mana premis bagi maksud kuarantin dan pemeriksaan melainkan jika premis itu telah diisytiharkan sebagai premis kuarantin oleh Ketua Pengarah.
(2)
Mana-mana orang boleh memohon secara bertulis kepada Ketua
Pengarah bagi mana-mana premis diisytiharkan sebagai premis kuarantin.
(3)
Ketua Pengarah boleh, selepas menerima permohonan itu, menghendaki pemohon mengemukakan apa-apa maklumat, butiran atau dokumen tambahan dalam apa-apa tempoh sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah.
(4)
Jika maklumat, butiran atau dokumen tambahan yang dikehendaki itu tidak dikemukakan dalam tempoh itu, permohonan itu hendaklah disifatkan telah ditarik balik tanpa menjejaskan suatu permohonan baharu.
(5)
Ketua Pengarah boleh menolak mana-mana permohonan yang tidak lengkap, mengandungi maklumat palsu atau yang tidak memenuhi syarat-syarat yang dinyatakan oleh Ketua Pengarah.
Kelulusan pengisytiharan premis kuarantin