Malaysia legislation
Section 20
of PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN KUARANTIN DAN PEMERIKSAAN MALAYSIA (KUARANTIN DAN PEMERIKSAAN) 2013
Seksyen 20
Permohonan dan arahan kuarantin
(1)
Pemunya apa-apa tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih atau mikroorganisma boleh memohon kemudahan kuarantin di stesen kuarantin secara bertulis daripada Ketua Pengarah.
(2)
Suatu permohonan di bawah subperaturan (1) hendaklah dibuat tidak kurang empat belas hari sebelum tarikh pengimportan tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih atau mikroorganisma itu.
(3)
Jika permohonan diluluskan, Ketua Pengarah hendaklah menentukan cara, syarat, tempat dan tempoh kuarantin tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih atau mikroorganisma itu.
(4)
Bayaran yang tidak akan dipulangkan bagi penggunaan stesen kuarantin hendaklah dibuat kepada Ketua Pengarah dalam masa empat puluh lapan jam selepas permohonan itu diluluskan oleh Ketua Pengarah.
(5)
Jika sesuatu stesen kuarantin tidak dapat menjalankan kuarantin, Ketua
Pengarah hendaklah mengarahkan pemunya untuk membuat permohonan untuk menjalankan kuarantin di premis kuarantin.
(6)
Jika pegawai penguat kuasa mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa apa-apa tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih atau mikroorganisma perlu dikuarantinkan, pegawai penguat kuasa hendaklah memberitahu pemunya melalui notis bertulis menyatakan cara, syarat, stesen kurantin dan tempoh kuarantin sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah.
(7)
Walau apa pun subperaturan (6), pemunya boleh membuat permohonan untuk menjalankan kuarantin di premis kuarantin. Bagi maksud subperaturan ini, pemunya boleh memohon secara bertulis kepada Ketua Pengarah untuk mana-mana premis diisytiharkan sebagai premis kuarantin dan Ketua Pengarah bolehlah menentukan cara, syarat, tempat dan tempoh kuarantin.
P.U. (A) 116 16
(8)
Permohonan di bawah subperaturan (7) hendaklah dibuat tidak kurang dari tujuh hari sebelum pengimportan tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih atau mikroorganisma.
Tempoh kuarantin