Malaysia legislation

Section 7

of PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN KUARANTIN DAN PEMERIKSAAN MALAYSIA (KUARANTIN DAN PEMERIKSAAN) 2013

Seksyen 7

(1)

Seseorang yang menjaga pengangkut atau ejen kepada pengangkut yang tiba melalui mana-mana pintu masuk hendaklah, sebelum pemunggahan apa-apa kargo, dengan serta-merta mengemukakan kepada pegawai penguat kuasa manifes masuk, nombor bil muatan atau invois pengangkut itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, bagi maksud pengisytiharan tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih, mikroorganisma atau makanan.

(2)

Manifes masuk, nombor bil muatan atau invois itu serta salinan penduanya hendaklah disahkan oleh orang yang menjaga pengangkut atau ejen kepada pengangkut dan hendaklah mengandungi maklumat yang berikut:

(a)

tanda, nombor dan senarai setiap bungkusan yang ingin dibawa ke pintu masuk;

(b)

nama pemberi dan penerima konsain.

(3)

Pegawai penguat kuasa boleh, dengan budi bicaranya, meminta senarai untuk keseluruhan kargo termasuklah senarai lengkap stor-stor yang terdapat di atas pengangkut.

(4)

Seseorang yang menjaga pengangkut atau ejen kepada pengangkut yang tiba di mana-mana pintu masuk semasa dalam transit hendaklah mengemukakan kepada pegawai penguat kuasa satu salinan manifes masuk, nombor bil muatan atau

P.U. (A) 116 8

invois bagi maksud pengisytiharan tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih, mikroorganisma atau makanan dalam transit di pintu masuk.

Pemeriksaan pengangkut

Section 7 — PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN KUARANTIN DAN PEMERIKSAAN MALAYSIA (KUARANTIN DAN PEMERIKSAAN) 2013