Malaysia legislation
Section 3
Seksyen 3
Permohonan dan kelulusan pendaftaran
(1)
Seorang pemohon hendaklah membuat suatu permohonan pendaftaran sebagai pengimport, pengeksport atau ejen tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih atau mikroorganisma kepada Ketua Pengarah mengikut apa-apa cara yang ditentukan oleh Ketua Pengarah.
(2)
Ketua
Pengarah boleh, selepas menerima sesuatu permohonan pendaftaran, menghendaki pemohon untuk mengemukakan apa-apa maklumat atau dokumen lain yang difikirkannya perlu dalam meluluskan permohonan pendaftaran itu.
(3)
Ketua Pengarah boleh memberikan kelulusan secara bertulis kepada mana-mana pemohon yang telah memenuhi syarat pendaftaran.
P.U. (A) 112 3
(4)
Walau apa pun subperaturan (1), mana-mana orang yang telah berdaftar sebagai seorang pengimport, pengeksport atau ejen dengan agensi atau jabatan yang berkaitan hendaklah disifatkan sebagai telah didaftarkan sebagai seorang pengimport, pengeksport atau ejen di bawah Peraturan-Peraturan ini.
Perubahan maklumat pendaftaran