Malaysia legislation

Section 5

of PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN KUARANTIN DAN PEMERIKSAAN MALAYSIA (PENDAFTARAN PENGIMPORT, PENGEKSPORT DAN EJEN) 2013

Seksyen 5

Pembatalan pendaftaran

(1)

Ketua Pengarah boleh, pada bila-bila masa, membatalkan mana-mana pendaftaran jika pengimport, pengeksport atau ejen itu melanggar mana-mana peruntukan Peraturan-Peraturan ini atau mana-mana syarat pendaftaran.

(2)

Mana-mana pengimport, pengeksport atau ejen yang telah dibatalkan pendaftarannya tidak berhak kepada apa-apa pampasan bagi apa-apa kerugian yang dialaminya kerana pembatalan pendaftaran di bawah Peraturan-Peraturan ini.

Penalti am

Section 5 — PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN KUARANTIN DAN PEMERIKSAAN MALAYSIA (PENDAFTARAN PENGIMPORT, PENGEKSPORT DAN EJEN) 2013