Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
(1)
Mana-mana orang yang ingin mengimport atau mengeksport apa-apa tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih, atau mikroorganisma hendaklah memohon suatu permit, lesen atau perakuan untuk mengimport, atau suatu permit atau lesen untuk mengeksport daripada Ketua Pengarah.
(2)
Suatu permohonan bagi permit, lesen dan perakuan yang disebut dalam subperaturan (1) hanya boleh dibuat selepas seseorang pemohon itu berdaftar sebagai seorang pengimport, pengeksport atau ejen dengan Ketua Pengarah.
(3)
Pengimport, pengeksport atau ejen itu hendaklah membuat permohonan secara bertulis bagi permit, lesen atau perakuan itu mengikut apa-apa cara yang ditentukan oleh Ketua Pengarah.
3
Permit, lesen dan perakuan tidak boleh dipindah milik