Malaysia legislation
Section 5
of PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN KUARANTIN DAN PEMERIKSAAN MALAYSIA (TATACARA KUARANTIN) 2013
Seksyen 5
(1)
Pemunya atau ejen adalah bertanggungjawab bagi rawatan mana-mana tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih atau mikroorganisma yang diarah untuk menjalani rawatan dalam tempoh yang ditentukan mengikut apa-apa syarat sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah.
P.U. (A) 114 4
(2)
Pemunya atau ejen yang ingkar menjalankan rawatan boleh menyebabkan mana-mana tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih atau mikroorganisma, dilupuskan.
(3)
Rawatan hendaklah dilakukan oleh penyedia perkhidmatan rawatan di bawah penyeliaan Ketua Pengarah.
(4)
Mana-mana tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih atau mikroorganisma yang gagal dirawat hendaklah—
(a)
dirawat semula;
(b)
dilarang masuk; atau
(c)
dilupus.
Pelupusan