Malaysia legislation

Section 5

of PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN POS (PENGKOMPAUNAN KESALAHAN) 2024

Seksyen 5

Pembayaran kompaun

(1)

Jika suatu tawaran untuk mengkompaun suatu kesalahan disetuju terima oleh orang yang kepadanya tawaran itu dibuat, dia hendaklah membayar kompaun itu—

(a)

melalui kiriman wang, wang pos, cek jurubank, atau draf bank dipalang dengan perkataan “Akaun Penerima Sahaja” yang kena dibayar kepada Suruhanjaya; atau

(b)

melalui pemindahan wang secara elektronik ke dalam akaun

Suruhanjaya.

(2)

Pembayaran kompaun yang dibuat di bawah perenggan (1)(a)

hendaklah diserahkan sendiri atau dihantar melalui pos berdaftar prabayar kepada

Suruhanjaya di alamat yang dinyatakan dalam Borang 2 Jadual Kedua.

(3)

Suruhanjaya hendaklah mengeluarkan suatu resit rasmi bagi tiap-tiap pembayaran yang diterima di bawah subperaturan (1) kepada orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun kesalahan itu dibuat.

(4)

Suatu resit rasmi yang dikeluarkan di bawah subperaturan (3) hendaklah termasuk apa-apa resit elektronik jika pembayaran dibuat melalui pemindahan wang secara elektronik sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan (1)(b).

P.U. (A) 94 4

Pendakwaan boleh dimulakan jika tiada pembayaran dibuat

Section 5 — PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN POS (PENGKOMPAUNAN KESALAHAN) 2024