Malaysia legislation
Section 13
of PERATURAN-PERATURAN PERLESENAN TENAGA ATOM (PENGURUSAN SISA RADIOAKTIF) 2011
Seksyen 13
(1)
Pemegang lesen hendaklah memastikan bahawa―
(a)
buangan itu tidak lebih daripada 1 meter padu sisa radioaktif mengikut aras pembersihan sebagaimana yang diperuntukkan dalam Jadual Kedua atau apa-apa jumlah isi padu yang lebih besar sebagaimana yang dibenarkan dalam lesen, dilepaskan ke persekitaran; dan
(b)
jumlah nisbah buangan bagi radionuklid bercampur mestilah tidak melebihi 1 mengikut pengiraan sebagaimana dalam Jadual Ketiga.
(2)
Pemegang lesen hendaklah memperoleh kebenaran daripada Lembaga sebelum melepaskan, membuang atau melupuskan lebih daripada 1 meter padu sisa radioaktif ke persekitaran.
(3)
Lembaga boleh menghendaki pemegang lesen supaya mengemukakan butir-butir mengenai pelepasan, buangan atau pelupusan yang dicadangkan di bawah subperaturan (2) sebelum memberikan kebenaran.
(4)
Pemegang lesen dalam melepaskan, membuang atau melupuskan sisa radioaktif di bawah subperaturan (2) hendaklah mematuhi aras pembersihan dalam setiap tahun kalendar.
Buangan dan pemantauan sisa radioaktif