Malaysia legislation

Section 27

of PERATURAN-PERATURAN PERLESENAN TENAGA ATOM (PENGURUSAN SISA RADIOAKTIF) 2011

Seksyen 27

(1)

Pemegang lesen hendaklah, apabila menyedari apa-apa kecurian, kehilangan atau sabotaj kepada mana-mana sisa radioaktif yang ada dalam milikannya atau di bawah kawalannya―

(a)

memberitahu Lembaga tentang kecurian, kehilangan atau sabotaj itu sebaik selepas menyedari kecurian, kehilangan atau sabotaj itu;

(b)

mengambil tindakan bagi mendapatkan kembali sisa radioaktif itu dan mengawal kemudahan itu jika perlu; dan

(c)

mengemukakan suatu laporan yang lengkap tentang kecurian, kehilangan atau sabotaj itu secara bertulis kepada Lembaga dalam masa tiga puluh hari selepas pemberitahuan kepada Lembaga.

(2)

Laporan yang hendaklah dikemukakan oleh pemegang lesen di bawah perenggan (1)(c) hendaklah mengandungi―

P.U. (A) 274 21

(a)

jika berkenaan, suatu perihalan tentang sisa radioaktif, termasuk jenis, kuantiti dan bentuk kimia dan fizikalnya;

(b)

suatu perihalan tentang hal keadaan kecurian, kehilangan atau sabotaj itu terjadi;

(c)

suatu pernyataan tentang lokasi atau lokasi yang mungkin bagi sisa radioaktif itu;

(d)

dedahan sinaran yang mungkin berlaku kepada individu, hal keadaan yang dedahan mungkin berlaku, dan takat potensi bahaya kepada orang awam itu;

(e)

tindakan yang telah diambil, atau yang akan diambil, untuk mendapatkan kembali sisa radioaktif itu;

(f)

tatacara atau langkah yang telah atau akan diterima pakai untuk menghalang berulangnya kecurian, kehilangan atau sabotaj sisa radioaktif itu; dan

(g)

apa-apa maklumat lain yang disifatkan perlu oleh pemegang lesen atau Lembaga.

Section 27 — PERATURAN-PERATURAN PERLESENAN TENAGA ATOM (PENGURUSAN SISA RADIOAKTIF) 2011