Malaysia legislation

Section 10

of PERATURAN-PERATURAN PERLINDUNGAN PENGGUNA (JUALAN KREDIT) 2017

Seksyen 10

(4)

Penjual atau pemberi kemudahan kredit, atau mana-mana orang yang bertindak bagi pihak penjual atau pemberi kemudahan kredit itu, atau pengedar yang telah memungut atau menerima fi tempahan daripada bakal pembeli hendaklah membayar balik amaun keseluruhan fi tempahan itu kepada bakal pembeli itu jika—

(a)

persetujuan untuk memberikan kemudahan kredit tidak diberikan oleh pemberi kemudahan kredit itu di bawah subseksyen 24N(2) Akta;

atau

(b)

penjual atau pemberi kemudahan kredit itu, atau orang yang bertindak bagi pihak penjual atau pemberi kemudahan kredit itu, atau pengedar itu gagal menyerahhakkan barang kepada bakal pembeli dalam tempoh yang dinyatakan dalam pernyataan bertulis yang disebut dalam subperaturan (1).

(5)

Fi tempahan yang disebut dalam subperaturan (4) hendaklah dibayar balik oleh penjual atau pemberi kemudahan kredit itu, atau orang yang bertindak bagi pihak penjual atau pemberi kemudahan kredit itu, atau pengedar itu dalam tempoh sepuluh hari bekerja—

P.U. (A) 322 8

(a)

dari tarikh persetujuan untuk memberikan kemudahan kredit tidak diberikan oleh pemberi kemudahan kredit itu di bawah subseksyen 24N(2) Akta; atau

(b)

dari tarikh kegagalan untuk menghantarserahkan barang di bawah perenggan (4)(b).

(6)

Jika bakal pembeli menarik balik tempahan barang sebelum perjanjian jualan kredit ditandatangani, penjual atau pemberi kemudahan kredit, atau orang yang bertindak bagi pihak penjual atau pemberi kemudahan kredit itu, atau pengedar yang telah memungut atau menerima fi tempahan hendaklah membayar balik tidak kurang daripada sembilan puluh peratus fi tempahan itu kepada bakal pembeli itu dalam tempoh sepuluh hari bekerja dari tarikh tempahan itu ditarik balik.

Deposit 10.

(1)

Seorang penjual atau pemberi kemudahan kredit, atau mana-mana orang yang bertindak bagi pihak penjual atau pemberi kemudahan kredit itu, atau pengedar hendaklah memungut atau menerima deposit daripada pembeli hanya apabila menandatangani perjanjian jualan kredit.

(2)

Deposit yang disebut dalam subperaturan (1) tidak boleh melebihi sepuluh peratus daripada harga tunai barang sebagaimana yang dinyatakan dalam perjanjian jualan kredit.

(3)

Walau apa pun subperaturan (2), deposit boleh melebihi sepuluh peratus daripada harga tunai barang jika peratusan itu dipersetujui bersama oleh pemberi kemudahan kredit dan pembeli.

(4)

Jika penjual atau pemberi kemudahan kredit, atau mana-mana orang yang bertindak bagi pihak penjual atau pemberi kemudahan kredit itu, atau pengedar gagal untuk menyerahhakkan barang di bawah perjanjian jualan kredit kepada pembeli dalam

P.U. (A) 322 9

tempoh yang dinyatakan dalam perjanjian jualan kredit itu, penjual atau pemberi kemudahan kredit itu, atau mana-mana orang yang bertindak bagi pihak penjual atau pemberi kemudahan kredit itu, atau pengedar itu yang telah memungut atau menerima deposit daripada pembeli hendaklah membayar balik deposit itu kepada pembeli itu dalam tempoh sepuluh hari bekerja dari tarikh kegagalan untuk menghantarserahkan barang itu.

Caj terma

Section 10 — PERATURAN-PERATURAN PERLINDUNGAN PENGGUNA (JUALAN KREDIT) 2017