Malaysia legislation

Section 19

of PERATURAN-PERATURAN PERLINDUNGAN PENGGUNA (JUALAN KREDIT) 2017

Seksyen 19

(1)

Jika pembeli, pada bila-bila masa atau apabila pemilihan di bawah perenggan 24V(2)(c) Akta untuk menamatkan perjanjian jualan kredit dibuat, menyerahkan balik barang yang dibeli kepada pemberi kemudahan kredit di bawah seksyen 24W Akta—

(a)

pembeli itu hendaklah memastikan bahawa barang yang dibeli adalah dalam keadaan yang baik dan secara munasabahnya boleh diguna pakai bagi maksud yang baginya barang itu digunakan; dan

(b)

apabila barang yang dibeli itu dijual atau dilupuskan oleh pemberi kemudahan kredit, pembeli itu berhak kepada harga yang terbaik yang

P.U. (A) 322 12

boleh diperoleh secara munasabah oleh pemberi kemudahan kredit itu—

(i)

secara lelong;

(ii)

daripada mana-mana pembeli kontrak;

(iii)

daripada mana-mana orang yang dicadangkan oleh pembeli yang berniat untuk membeli atau telah membeli barang itu secara tunai; atau

(iv)

melalui apa-apa cara lain yang dipersetujui oleh pemberi kemudahan kredit dan pembeli itu.

(2)

Bagi maksud subperenggan (1)(b)(ii), “pembeli kontrak” ertinya mana-mana orang yang dilantik oleh pemberi kemudahan kredit untuk membeli barang yang diserahkan balik oleh pembeli mengikut seksyen 24W Akta.

Mempamerkan notis