Malaysia legislation
Section 4
of PERATURAN-PERATURAN PERLINDUNGAN PENGGUNA (JUALAN KREDIT) 2017
Seksyen 4
Pernyataan bertulis
(1)
Sebelum apa-apa perjanjian jualan kredit dibuat berkenaan dengan apa-apa barang atau kelas barang, penjual atau pemberi kemudahan kredit, atau mana-mana orang yang bertindak bagi pihak penjual atau pemberi kemudahan kredit itu, atau pengedar yang disebut dalam seksyen 24N Akta hendaklah menyerahkan kepada bakal pembeli suatu
P.U. (A) 322 5
pernyataan bertulis yang berhubungan dengan ringkasan obligasi kewangan bakal pembeli sebagaimana yang dinyatakan dalam Bahagian I Jadual Kedua.
(2)
Kandungan pernyataan bertulis yang disebut dalam subperaturan (1)
hendaklah dimasukkan dalam perjanjian jualan kredit.
Bentuk perjanjian jualan kredit