Malaysia legislation

Section 15

of PERATURAN-PERATURAN PERLINDUNGAN PENGGUNA (TRIBUNAL TUNTUTAN PENGGUNA) (PINDAAN) 2022

Seksyen 15

“Cara penyampaian

(1)

Apa-apa notis atau dokumen yang dikehendaki untuk disampaikan kepada mana-mana orang di bawah Peraturan-Peraturan ini boleh disampaikan dengan cara yang berikut:

(a)

secara ke diri;

(b)

melalui pos berdaftar akuan terima yang dialamatkan kepada orang itu di alamat penyampaiannya atau di alamat terakhir yang diketahui; atau

(c)

secara komunikasi elektronik mengikut tatacara yang ditentukan oleh Tribunal.

(2)

Apa-apa notis atau dokumen yang dikehendaki untuk disampaikan kepada mana-mana orang di bawah Peraturan-Peraturan ini hendaklah disifatkan telah disampaikan kepada orang itu dengan menyampaikan sesalinan notis atau dokumen itu—

(a)

kepada orang itu sekiranya orang itu ialah orang sebenar;

(b)

kepada pengarah, pengurus, setiausaha syarikat, setiausaha atau Pegawai lain yang serupa bagi syarikat, pertubuhan perbadanan, atau pertubuhan itu sekiranya orang itu ialah suatu syarikat, pertubuhan perbadanan atau pertubuhan; atau

(c)

kepada tuan punya tunggal atau pekongsi bagi firma itu sekiranya orang itu ialah suatu firma.

P.U. (A) 113 9

(3)

Walau apa pun subperaturan (1), penyampaian pemberitahuan dalam Borang 4 oleh Tribunal kepada mana-mana orang boleh dilakukan melalui penghantaran pemberitahuan itu dengan cara pos berdaftar atau komunikasi eletronik.”.

Penggantian peraturan 16 13.

Peraturan-Peraturan ibu dipinda dengan menggantikan peraturan 16

dengan peraturan yang berikut:

“Penyampaian ganti