Malaysia legislation
Section 2
of PERATURAN-PERATURAN PERLINDUNGAN PENGGUNA (URUS NIAGA PERDAGANGAN ELEKTRONIK) 2024
Seksyen 2
Dalam Peraturan-Peraturan ini —
“pasar dalam talian” ertinya mana-mana tapak urus niaga perdagangan yang dijalankan melalui cara elektronik oleh mana-mana pembekal;
“pembekal pasar dalam talian” ertinya mana-mana orang yang menjalankan perdagangan atau pengiklanan melalui pasar dalam talian;
“pengendali pasar dalam talian” ertinya mana-mana orang yang menyediakan atau mengendalikan pasar dalam talian bagi maksud perdagangan atau pengiklanan.