Malaysia legislation

Section 3

of PERATURAN-PERATURAN PERNIAGAAN PERKHIDMATAN WANG (EJEN PERNIAGAAN PERKHIDMATAN WANG) 2012

Seksyen 3

Permohonan dan pemberian kelulusan

Seseorang pemegang lesen dalam memohon untuk melantik seorang ejen perniagaan perkhidmatan wang di bawah subseksyen 42(1) Akta hendaklah mengemukakan kepada Bank maklumat yang berikut:

(a)

nama, alamat, butir-butir bagi menghubungi ejen perniagaan perkhidmatan wang yang dicadangkan dan suatu perihalan mengenai aktiviti perniagaan sedia ada ejen itu;

(b)

suatu pernyataan bahawa pemegang syer, pengarah dan mana-mana orang yang mempunyai kawalan ke atas operasi perniagaan ejen perniagaan perkhidmatan wang yang dicadangkan itu telah memenuhi kriteria minimum orang yang “layak dan

P.U. (A) 69 3

sesuai” sebagaimana yang dinyatakan dalam Peraturan-Peraturan

Perniagaan Perkhidmatan Wang (Kriteria Minimum Orang yang

“Layak dan Sesuai”) 2012 [P.U. (A) 68/2012]; dan

(c)

kerangka pengawasan, pemantauan dan kawalan untuk memastikan bahawa ejen perniagaan perkhidmatan wang itu mematuhi Akta, peraturan-peraturan, garis panduan, pekeliling, piawaian dan notis yang dikeluarkan di bawah Akta dan syarat lesen yang dikeluarkan kepada pemegang lesen itu.

Dibuat 3 Februari 2012

[BNM.JUN. 1110/65/01; PN(PU2)701]

TAN SRI DATO’ SRI DR. ZETI AKHTAR AZIZ

Gabenor

Diluluskan 20 Februari 2012

[BNM.JUN. 1110/65/01; PN(PU2)701]

DATO’ SRI MOHD NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK

Menteri Kewangan

P.U. (A) 69 4

MONEY SERVICES BUSINESS ACT 2011

MONEY SERVICES BUSINESS (MONEY SERVICES BUSINESS AGENTS)

REGULATIONS 2012

Section 3 — PERATURAN-PERATURAN PERNIAGAAN PERKHIDMATAN WANG (EJEN PERNIAGAAN PERKHIDMATAN WANG) 2012