Malaysia legislation
Section 7
of PERATURAN-PERATURAN PERNIAGAAN PERKHIDMATAN WANG (KEWAJIPAN PEMEGANG LESEN) 2012
Seksyen 7
(1)
Seorang pemegang lesen hendaklah memulakan dan menyenggara suatu mekanisme kawalan dalaman dan perkiraan tadbir urus yang memperuntukkan—
(a)
suatu pengawasan berterusan yang berkesan oleh lembaga pengarahnya ke atas pengurusan pemegang lesen itu;
(b)
suatu kerangka kerja kebertanggungjawaban yang jelas, yang memperuntukkan peranan dan tanggungjawab tertentu bagi lembaga pengarah itu dan pengurusan atasan, had kuasa dan proses yang berkesan untuk menyampaikan keputusan penting dan kegagalan operasi;
(c)
suatu sistem sekatan dan imbangan yang berkesan bagi—
(i)
memastikan pematuhan kepada dasar dalaman, tatacara dan proses, Akta dan peraturan-peraturannya, garis panduannya, pekelilingnya, piawaiannya atau notisnya; dan
(ii)
menyelesaikan kemungkinan salah pengurusan dan fraud;
(d)
suatu pengurusan risiko berkesan yang setara dengan sifat, skala dan kerumitan operasi perniagaan pemegang lesen itu yang membolehkan pemegang lesen itu untuk mengenal pasti dan mengawal risiko dalam operasinya;
(e)
suatu sistem pengurusan maklumat yang boleh dipercayai yang selamat dan teguh untuk menyokong operasi perniagaan pemegang lesen itu;
(f)
suatu perkiraan kontingensi dan perancangan perniagaan berterusan dalam peristiwa yag tidak dijangka yang secara material menjejaskan operasi; dan
P.U. (A) 72 8
(g)
suatu tahap mencukupi bagi kekompetenan pekerja-pekerja dalam melaksanakan fungsi mereka.
(2)
Seseorang pemegang lesen hendaklah memulakan dan menyenggara suatu program pematuhan pencegahan pengubahan wang haram dan pencegahan pembiayaan keganasan yang sesuai, kukuh dan mencukupi untuk mematuhi kehendak—
(a)
Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan
Pembiayaan Keganasan 2001 [Akta 613];
(b)
Garis Panduan Piawaian mengenai Pencegahan Pengubahan Wang
Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AML/CFT) yang dikeluarkan dalam bulan November 2006 di bawah Akta
Pencegahan
Pengubahan
Wang
Haram dan
Pencegahan
Pembiayaan Keganasan 2001;
(c)
Garis Panduan Sektoral 3 Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan yang dikeluarkan dalam bulan November 2006 di bawah Akta Pencegahan Pengubahan
Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001; dan
(d)
apa-apa peraturan, surat perkeliling, notis atau garis panduan lain yang dikeluarkan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang
Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001
yang berhubungan dengan pemegang lesen itu.
P.U. (A) 72 9
Dibuat 3 Februari 2012
[BNM.JUN. 1110/65/01; PN(PU2)701]
TAN SRI DATO’ SRI DR. ZETI AKHTAR AZIZ
Gabenor
Diluluskan 20 Februari 2012
[BNM.JUN. 1110/65/01; PN(PU2)701]
DATO’ SRI MOHD NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK
Menteri Kewangan
P.U. (A) 72 10
MONEY SERVICES BUSINESS ACT 2011
MONEY SERVICES BUSINESS (DUTIES OF LICENSEES) REGULATIONS 2012