Malaysia legislation
Section 6
of PERATURAN-PERATURAN PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU (KEISTIMEWAAN DAN KEKEBALAN) 2012
Seksyen 6
Penepian
(1)
Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu hendaklah mempunyai hak untuk mengetepikan kekebalan yang diberikan kepada Pertubuhan
5
Bangsa-Bangsa
Bersatu daripada apa-apa proses undang-undang selain pelaksanaannya.
(2)
Sesuatu Negara Anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau ketua suatu organisasi antarabangsa atau seberang laut masing-masing hendaklah mempunyai kuasa dan kewajipan untuk mengetepikan kekebalan yang diberikan kepada mana-mana orang yang hadir di persidangan yang diadakan oleh Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu sebagai wakilnya jika, pada pandangan Negara Anggota atau ketua itu, kekebalan itu akan menghalang perjalanan keadilan dan boleh diketepikan tanpa menjejaskan maksud yang baginya kekebalan itu diberikan.
(3)
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu hendaklah mempunyai kuasa dan kewajipan untuk mengetepikan kekebalan yang diberikan kepada mana-mana Timbalan Setiausaha Agung atau Setiausaha Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau pegawai atau mana-mana orang yang sedang melaksanakan apa-apa misi bagi pihak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu jika, pada pendapatnya, kekebalan itu akan menghalang perjalanan keadilan dan boleh diketepikan tanpa menjejaskan kepentingan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
(4)
Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu hendaklah mempunyai hak untuk mengetepikan kekebalan yang diberikan kepada Setiausaha
Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu jika, pada pendapatnya, kekebalan itu akan menghalang perjalanan keadilan dan boleh diketepikan tanpa menjejaskan maksud yang baginya kekebalan itu diberikan.
Pembatalan