Malaysia legislation
Section 4
Seksyen 4
Peraturan 36
dipinda dengan menggantikan subperaturan
(1)
dengan subperaturan yang berikut:
“(1)
Bilangan calon yang akan dinamakan oleh setiap unit ahli suatu Pertubuhan Peladang bagi pemilihan sebagai pengarah hendaklah ditentukan oleh Pendaftar dan setiap calon hendaklah tertakluk kepada syarat yang berikut:
(a)
berumur 70 tahun atau ke bawah;
(b)
dia ialah seorang perwakilan Mesyuarat Agung di peringkat itu;
(c)
tiada tunggakan pinjaman dengan mana-mana
Pertubuhan Peladang melebihi enam bulan;
(d)
bukan pekerja, pekhidmat atau ejen mana-mana
Pertubuhan Peladang;
(e)
tidak diisytiharkan bankrap;
(f)
lulus tapisan keutuhan Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia;
(g)
tidak pernah terlibat dalam atau berkelakuan dengan apa-apa cara yang memburukkan nama Menteri,
Kementerian yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pertanian atau Pendaftar;
P.U. (A) 81 9
(h)
tidak pernah disabitkan atas apa-apa kesalahan jenayah atau apa-apa kesalahan jenayah di bawah Akta oleh mahkamah di Malaysia dalam tempoh satu penggal sebelum pemilihan berikutnya;
(i)
tidak pernah menerima apa-apa surat amaran daripada
Pendaftar dalam tempoh satu penggal sebelum pemilihan berikutnya;
(j)
tidak melaksanakan aktiviti yang bersaingan dengan kegiatan atau perniagaan yang boleh memudaratkan
Pertubuhan Peladang;
(k)
hendaklah menandatangani suatu deklarasi calon ahli
Jemaah Pengarah bagi maksud mematuhi proses pemilihan Jemaah Pengarah dalam Mesyuarat Agung
Tahunan Pertubuhan Peladang; dan
(l)
tiada halangan kesihatan untuk menjalankan kewajipan.”.
Pindaan peraturan 44