Malaysia legislation
Section 6
Seksyen 6
Kecualian
(1)
Ahli
Jemaah
Pengarah sedia ada yang dipilih dalam
Mesyuarat Agung Tahunan atau dilantik oleh Menteri di bawah subperaturan 35(1)
Peraturan-Peraturan ibu sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Peraturan-Peraturan ini hendaklah disifatkan telah dipilih atau dilantik dengan sewajarnya di bawah
Peraturan-Peraturan ini dan hendaklah terus memegang jawatan itu sehingga habis tempoh pemilihan atau pelantikan mereka seolah-olah Peraturan-Peraturan ibu tidak dipinda oleh Peraturan-Peraturan ini.
P.U. (A) 81 10
(2)
Apa-apa perbuatan yang dilakukan, tindakan yang diambil atau keputusan yang dibuat oleh ahli Jemaah Pengarah yang disebut dalam subperaturan (1)
sebaik selepas permulaan kuat kuasa Peraturan-Peraturan ini hendaklah disifatkan sebagai sah dan boleh diteruskan dengan sewajarnya oleh ahli Jemaah Pengarah.
Dibuat 12 Mac 2025
[LPP(U) 20/2 Jld. 11; PN(PU2)133/VI]
DATO’ WIRA HAJI MAHFUZ BIN OMAR
Pengerusi
Lembaga Pertubuhan Peladang
Diluluskan 13 Mac 2025
[PM/KPKM/LPP/2024(14); PN(PU2)133/VI]
DATUK SERI HAJI MOHAMAD BIN SABU
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan
P.U. (A) 81 11
FARMERS’ ORGANIZATION ACT 1973
FARMERS’ ORGANIZATION (AMENDMENT) REGULATIONS 2025